Bintang kembali menyengat!
Selepas video teaser rancangan hiburan paling popular Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) disiarkan beberapa hari lalu, warganet terus diburu resah menerusi foto siluet bintang yang bakal bertanding tahun ini.
Menerusi poster rasmi yang disiarkan di platform media sosial Gempak dan Gegar Vaganza, terdapat 16 orang figura dalam versi siluet dikongsikan.
Namun, tidak dapat dipastikan pula adakah 16 orang bintang terbabit merupakan bintang solo mahupun berkumpulan.
Rancangan Realiti
Bagi Teaser Bayang-Bayang, Ramai Dah Mula Tebak Senarai Bintang GV9!