Pasti ada antara kita yang pernah menarik rambut secara cepat dan kuat tatkala mengalami sakit kepala. Mungkin ia dapat melegakan sakit kepala dalam kadar yang cepat tetapi perbuatan ini bukanlah satu hal yang baik untuk kulit kepala.
Menerusi video TikTok Dr Wan, pengamal perubatan itu menegaskan yang menarik rambut sehingga mengeluarkan bunyi ‘pop’ boleh merosakkan lapisan dalam kulit kepala, seterusnya membawa kepada masalah kesihatan yang lain.