Konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish, Happier Than Ever World Tour 2022 berlangsung dengan jayanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.
Namun apa yang menjadi bualan hangat di laman sosial Twitter adalah pentas utama yang terletak di tengah padang, agak jauh buat mereka yang membeli tiket Cat 2 (RM500) yang duduk di bahagian kerusi bawah stadium.
Rata-rata wargamaya termasuklah beberapa orang pempengaruh menyatakan rasa kesal mereka kerana harga tiket yang dibeli tidak berbaloi dengan kedudukan kerusi yang begitu jauh.
Malah terdapat kawasan lompong di bahagian kiri dan kanan padang yang membezakan mereka yang membeli tiket berdiri dan duduk di kerusi penonton.
WEYH, scam WEYH pic.twitter.com/97gdLhpguI