Skip to main content

Viral

Baju Melayu Tak Perlu Aneh-Aneh, Aeril Zafrel; "Hipster Sangat Pun Orang Tak Suka Juga"

sekadar-gambar-hiasan-2023-03-08t004811-981.png

Atas dasar fesyen, baju Melayu yang menjadi pakaian tradisi sejak berzaman-zaman lalu semakin berani diolah dan diberikan suntikan nafas baharu.

Ada sebahagian rekaan baju Melayu di pasaran semasa sudah hilang keaslian dan estetika. Ada yang menjadikan potongan baju Melayu terlalu sendat, ada juga yang oversized, malah tak kurang juga ada yang menukar elemen baju Melayu menjadi lebih seksi dengan penggunaan fabrik misalnya transparent.



Biarpun pelbagai transformasi diberikan ke atas pakaian tradisi Melayu, pelakon Aeril Zafrel yang muncul dengan koleksi terbaharu berkolaborasi bersama HijabistaHub, Soultan, percaya baju Melayu tidak perlu terlalu hipster.

"Saya dah jual baju Melayu lebih lima tahun, peminat tak suka terlampau fancy, trendy sangat. Mereka suka baju Melayu macam dulu-dulu cuma kelebihan adanya butang yang pelbagai serta aksesori ringkas untuk menambahkan seri.

"Malah, kalau sepasang baju Melayu itu dipotong dan dijahit cantik, tambah pula warna yang menarik, orang akan senang terpaut!

"Baju Melayu tak perlu diubah-ubah jadi sesuatu lain. Ia takkan laku, hanya dibeli orang tertentu. Terlampau moden pun orang tak gemar," katanya.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement