Berita Tempatan Baju Memang Kami Beli, Tetapi Kurnia 'Datuk' Tidak - Afdlin Shauki Rozaimi Zubaidi 29/09/2017 | 15:03 MYT Assalammualaikum. Lewat malam ni aku berfikir. Masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yg berlaku pada kami. Tak sangka yg 4 orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup. I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju tu memang kami beli. Tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari. Kami hanya buat yg terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik utk keluarga kami. Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yg di berikan kepada masyarakat. Terimakasih kepada pihak istana yg memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan. Allah SWT saja tahu apa yg kita sudah buat dgn bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dgn penuh kesusahan. Kami bukan tak pernah jatuh dan bangun. Dgn berbekalkan kepercayaan pada diri sendiri, keinginan utk menghibur dan memberi manafaat, kami sampai ke tempat ini. Kini kami masih berusaha. Masih belajar. Masih memberi manafaat. Semoga kami dapat memberi peransang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya yang seorang budak flat sri sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya. Terimakasih kepada yg menyokong kerja-kerja kami selama ini. In Shaa Allah kami akan terus memberi yg terbaik dan membawa perubahan positif pada industri kami dan masyarakat Malaysia. Percayalah! You can do it too!! Aku bersyukur pada Allah SWT dan sangat merasa rendah diri di atas pemberian-Nya ini. A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on Sep 28, 2017 at 11:02am PDT Topik Berkaitan #Datuk AC Mizal #Afdlin Shauki #Datuk Hans Isaac Must-Watch Video Read more