Skip to main content

Trend Pasaran

“Barang Dalam Dewan Hilang” - Aqil Zulkiflee Cemas, Dewan Kahwin Dipecah Masuk & Lori Dilarikan

astrogempak_aqil-zulkiflee_lori_kena_curi.jpg

Pempengaruh, Aqil Zulkiflee, berdepan detik cemas apabila dewan perkahwinannya dipecah masuk oleh pencuri.

Menerusi perkongsian yang dibuat, dia mendedahkan lori miliknya yang menyimpan barang perniagaan turut dilarikan pencuri, selain beberapa kesan kebakaran yang ditemui di dalam dewan tersebut.


“Beberapa barang dalam dewan kahwin hilang, ada kesan bakar, CCTV semua kena pecah,” tulisnya di Instagram.

Susulan kejadian itu, Aqil segera membuat laporan polis. Tidak lama kemudian, lori miliknya berjaya ditemui semula selepas ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan terdapat kesan cap jari pada lori tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, pempengaruh itu turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantunya, terutama sekali pengikut setianya di media sosial yang membantu menyebarkan berita mengenai kes kecurian tersebut.

“Alhamdulillah, ya Allah. Terima kasih banyak kepada semua yang tolong sebarkan tentang kes kecurian lori Aqil hari ini.

“Terima kasih juga kepada yang mendoakan. Aqil baca setiap komen korang. Semoga Allah membalas semua kebaikan kalian. Amin,” kongsinya.

Must-Watch Video

Advertisement