Skip to main content

Trend Pasaran

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

astro-gempak-bateri-meletup.jpg

Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.

Menerusi klip berkenaan, lelaki tersebut dilihat menjinjing masuk bateri berkenaan masuk ke dalam lif dan menekan butang untuk ke tingkat bawah.

Sebaik sahaja pintu ditutup, bateri berkenaan meletup dan api yang marak dilihat menyambar lelaki berkenaan.

Pihak berkuasa dan pasukan kecemasan kemudian datang bagi membantu lelaki berkenaan.

Pada rakaman sama, dilihat lelaki itu ditarik keluar daripada lif dengan keadaan terbakar. Dia kemudian dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Namun, lelaki tersebut meninggal dunia selepas 28 hari berada di hospital berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 8 Oktober 2021.

Pakar memberitahu media di China terdapat risiko besar dalam mengendalikan bateri litium kerana ia boleh meletup secara tiba-tiba jika tidak disimpan atau dilupuskan dengan cara yang betul.

Mereka mengesyorkan agar semua garis panduan keselamatan dipatuhi dengan teliti semasa mengendalikan bateri berasaskan litium.

Sumber: Mirror UK

Must-Watch Video

Advertisement