Sejak menjadi isteri kedua, pempengaruh yang juga anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial.
Apa sahaja yang melibatkan Marissa menjadi perbualan hangat netizen yang ada antaranya meninggalkan komen negatif di laman sosial pempengaruh itu.
Bagaimanapun, Marissa sentiasa mengambil langkah berdiam diri apabila dirinya terpalit dengan mana-mana isu yang melibatkan rumah tangganya.
Terbaharu menerusi perkongsian di TikTok, Marissa seakan-akan menyindir pihak yang gemar melemparkan kebencian terhadap dirinya.
Marissa berkata dia tetap tidak mengenali dan mengetahui kewujudan orang yang membenci dirinya.
“Bayangkan lemparkan kebencian terhadap saya, dan saya tak pernah tahu kewujudan awak,” tulis Marissa secara ringkas.
Rata-rata netizen bagaimanapun memberi kata-kata semangat kepada Marissa.
Untuk rekod, Marissa berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Aslam sudah mempunyai seorang isteri yang bernama Umisya.