Skip to main content

Trend Pasaran

Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP

astro-gempak-pindah-duit-akaun-3.jpg

Rakyat Malaysia sudah pun boleh memindahkan sehingga satu pertiga daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun 2 ke akaun 3.

Untuk memudahkan pengguna, KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.

Langkah 1: Daftar masuk ke i-Akaun menerusi aplikasi telefon bimbit.



Langkah 2: Klik ‘ketahui lanjut’.



Langkah 3: Klik ‘seterusnya’ bagi mengetahui tentang penstrukturan pelan KWSP.



Langkah 4: Klik’ pindah sekarang’.



Langkah 5: Selepas anda membaca Peringatan Penting, klik ‘teruskan’.



Langkah 6: Klik ‘teruskan’ untuk melihat jumlah deposit dalam tiga akaun anda.



Langkah 7: Klik ‘terima’ selepas membaca terma dan syarat.



Langkah 8: Sahkan pindahan dengan klik ‘ya’.



Langkah 9: Proses selesai dan pindahan akan disahkan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.



Pihak KWSP menggalakkan semua ahli untuk menggunakan ciri ini secara bertanggungjawab dan mempertimbangkan keperluan kewangan mereka dengan teliti sebelum memindahkan dana.

Sumber: Facebook KWSP
Sumber foto: NordWood Themes (Unsplash)

Must-Watch Video

Advertisement