Skip to main content

Viral

Belanja Warga Asing Aiskrim & Yogurt, Lelaki Dapat Pujian Warganet

untitled-design-(8)_3.png

Baru-baru ini seorang TikToker yang dikenali sebagai @nigelsparks berkongsi tentang dirinya membantu seorang warga asing.  

Dalam hantarannya di aplikasi tersebut, Nigel menceritakan pertemuannya dengan seorang warga asing yang meminta sejumlah wang untuk didermakan.  

Namun, Nigel menyatakan bahawa dia enggan memberikan wang, sebaliknya membelanja lelaki itu dengan makanan tengah hari.  

“Minggu lepas abang ni minta duit masa saya sedang makan tengah hari. Saya kata takde, tapi dia kata dia lapar. Jadi saya kata ok, duit takde tapi saya belanja dia makan tengah hari,” tulisnya.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement