Skip to main content

Trend Pasaran

Beli Popia Inti Hangus, Netizen Hampa Dengan Sikap Tak Jujur Peniaga Bazar Ramadan - “Nanti Boikot Kata Kita…”

untitled-design-(87)_1.jpg

Isu peniaga tidak jujur di bazar Ramadan bukanlah sesuatu subjek yang jarang-jarang berlaku pada waktu sekarang.

Terbaharu, seorang individu melampiaskan rasa kecewa apabila isi dalaman popia bersira sambal yang dibelinya tidak seindah yang disangka.

Menerusi muat naik di Platform X, dapat dilihat inti sayur-sayuran yang diisi di dalam popia tersebut berwarna hitam kerana digoreng sehingga hangus.

Perkongsian itu meraih perhatian wargamaya di mana ada segelintir berkongsi pengalaman serupa dan ada juga yang mengkritik sikap peniaga bazar yang tidak jujur dalam melakukan urusan jual beli.
 

Must-Watch Video

Advertisement