Skip to main content

Viral

“Benda Ni Kelakar Sangat… Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” - Shuib Nafi Pernah Ada Hubungan Dengan Wanita Bernama Watie

shuib-watie.jpg

Pelawak Shuib Sepahtu menafikan dakwaan yang dirinya pernah mempunyai skandal bersama seorang wanita susulan daripada video yang viral baru-baru ini.

Menerusi video bertarikh 12 April 2019 itu, wanita yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah dilihat sedang bermain golf, sambil aksinya dirakam oleh seorang lelaki yang memiliki suara mirip Shuib.

“Saya ingin menafikan khabar angin tidak benar yang sedang berlegar di media sosial buat masa sekarang mengenai satu video yang menunjukkan seorang wanita bernama Watie sedang memukul bola golf.

“Ada kedengaran suara di sebalik video itu seperti suara saya. Apa yang ingin saya jelaskan, pertama, video tersebut bertarikh 2 April 2019. Ketika itu, saya belum lagi pegang kayu golf. Sukan golf pun saya tak tahu apa.

“Saya mula main golf pada Mei 2020, ketika itu kerajaan memberikan kelonggaran terhadap individu untuk bermain sukan golf. Nampak tak perbezaan tarikh tu?” katanya ketika di hubungi Gempak.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement