Skip to main content

Berita Tempatan

Berang Dipecat, Bekas Pekerja Bakar Pejabat

whatsapp-image-2024-12-13-at-4-37-35-pm.jpeg

Suspek dikenali sebagai Agus Rahmat, 38, didapati membakar Pejabat Perkhidmatan Cukai Kotabumi, Lampung Utara, yang dipercayai dilakukannya secara bersendirian.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Lampung Utara, AKP Stefanos Reinaldo Nuswantoro Boyoh, berdasarkan rakaman kamera tertutup (CCTV), suspek dillihat memasuki pejabat itu sebelum membakarnya.


Stefanos berkata, akibat daripada perbuatannya itu pejabat itu rosak teruk sementara dianggarkan wang sebanyak Rp 500 juta (RM140,000) turut hangus.

Agus berjaya diberkas di rumahnya di Kelurahan Rejosari, Kecamatan Kotabumi, polis kini menyiasat lanjut untuk memastikan semua fakta adalah benar dan mendalami motif sebenar kejadian.
 

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement