Skip to main content

Viral

“Bergelar Isteri Pada Lelaki Penyayang..” - Ainul Aishah & Khalid Redzuan Selamat Mendirikan Rumah Tangga

ainul-aishah-kahwin.jpg

Selepas empat tahun bercinta, pelakon Ainul Aishah telah selamat berkahwin dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan bernama Khalid Redzuan pada Ahad lalu. 

Menerusi laman sosial Instagram, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 37, memuat naik momen indah sewaktu majlis pernikahan yang berlangsung untuk tatapan umum. 

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas berkat doa semua. Urusan majlis perkahwinan kami dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya bersyukur dengan semuanya, saya kini bergelar seorang isteri kepada lelaki yang paling penyayang. 

“Saya bertuah dikelilingi ahli keluarga dan kawan-kawan pada hari bahagia saya. Memori ini akan kekal selamanya dalam hati dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sangat istimewa,” tulisnya di ruangan kapsyen. 
 

Must-Watch Video

Advertisement