Menerusi naskhah yang dimuatnaik di platform media sosial, filem bergenre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan.
"Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.
"Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan," tambahnya.
Keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri oleh Hafiz dengan mesej yang ingin disampaikan berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.
Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.
Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.
Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.
Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024.
Budaya Popular
Berhabis RM500K, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Misi Ainaa! - "Bukan Nak Kaut Untung, Saya Buat Demi ..."