Skip to main content

Budaya Popular

"Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

cctv-rakam-kelibat-aliff-aziz,-ruhainies-(1).jpg

"Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

"Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan," katanya.

Didi berkata, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita itu.

"Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.

"Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama," katanya.

Terdahulu, tular laporan media apabila seorang selebriti berstatus suami orang dilaporkan berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Turut tersebar di media sosial, video menunjukkan Bella bersama Didi dan penyanyi Adira Suhaimi hadir ke pejabat agama.

Sumber: Melodi, Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement