Skip to main content

Budaya Popular

Berjaya Meraih Top 30 Di Miss Universe 2024, Sandra Lim Sasar Bidang Lakonan - "Saya Harap Dapat Jadi Pelapis.."

astrogempak_sandra-lim-miss-universe-michelle-yeoh.jpg

Berjaya menamatkan kemarau 54 tahun Malaysia di pentas MU2024, Sandra berkongsi impiannya untuk mengikuti jejak langkah Tan Sri Michelle Yeoh, yang menjadi inspirasi kepada kejayaannya di peringkat global.

Sandra turut berkongsi pengalamannya yang penuh emosi ketika diumumkan sebagai sebahagian daripada Top 30.

“Selepas ini, saya akan terus berusaha lebih gigih, dan saya berharap dapat menjadi pelapis kepada Tan Sri Michelle Yeoh,” katanya.
 



Sandra ditemui ketika sidang media Miss Universe Malaysia 2024 yang meraikan kejayaannya meraih tempat dalam Top 30 dalam pertandingan Miss Universe ke-73 yang berlangsung di Mexico.


Ini merupakan pencapaian pertama Malaysia dalam pertandingan tersebut dalam tempoh 54 tahun, membangkitkan semangat kebanggaan nasional dan memberi inspirasi kepada generasi baharu ratu cantik Malaysia.

Sekadar info, Sandra kini memberi tumpuan kepada dua filem baharu: filem Melayu bertajuk “Gayong” dan filem Tahun Baru Cina “Money Games,” di mana dia akan memainkan watak utama wanita buat kali pertama.

Must-Watch Video

Advertisement