Pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan sepanjang tahun 2023.
Menerusi hantaran yang dibuat di Platform X, Khairul menyatakan bahawa dirinya berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kilogram hasil daripada melakukan senaman.
“Hilang 20 kilogram memang rasa life changing. Dulu badan selalu semput dan baju makin tak muat. Sekarang dah mula rasa fit dan senang nak buat kerja seharian,” tulisnya.
