Susulan daripada itu, satu laporan polis dibuat oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berhubung dakwaan yang dibincangkan oleh netizen di platform perkongsian video berkenaan.
Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan menyifatkan dakwaan dibuat pempengaruh di TikTok itu sebagai tohmahan yang tidak masuk akal dan berniat jahat.
Pempengaruh itu menerusi video terbabit mendakwa ada restoran mamak yang menggunakan seluar dalam lelaki berwarna putih untuk membalut nasi, dan menggunakan air kencing toyol sebagai ramuan masakan kari.
Selain itu pempengaruh terbabit mendakwa ada bekas pekerja restoran mengakui sendiri bahawa bekas majikannya menggunakan air mandian untuk memasak kuah selain mendakwa kuah dal dicampur dengan najis yang dibekukan.Sumber: Harian Metro
