Siapa tidak kenal pelakon cantik, Datin Maria Farida yang sentiasa menjaga penampilan dan sentiasa kelihatan ceria.
Walaupun sudah menginjak usia 51 tahun, pelakon berwajan Pan Asian ini kelihatan awet muda dan tidak dimamah usia.
Sudah lama tidak menulis tentang pelakon popular era-90an ini, Gempak membuat tinjauan di laman sosial Instagram (IG) Maria.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, salah satu yang menarik perhatian ialah mengenai pesanan Maria kepada semua pengikut di IG supaya terus bertahan mengharungi kesukaran ketika berdepan pandemik Covid-19 ini.
Katanya, pandemik ini telah mengajar banyak perkara dan meninggalkan kesan kepada dirinya, namun tidak sekali-kali dia akan berputus asa.
“Satu perkara yang saya belajar tentang wabak ini ialah tidak memandang remeh tentang sesuatu perkara. Dulu, kita bebas keluar berjumpa rakan tanpa perlu risau sekiranya ada yang menghidap virus.
“Sekarang, nak tinggalkan rumah untuk ke pasar raya pun saya risau. Paranoid jika orang asing datang menghampiri saya.
“Ini adalah perkara buat kita. Tetapi satu perkara yang pasti, tidak ada yang kekal selama-lamanya. Jadi, bertahanlah semua, suatu hari keadaan akan kembali normal Insya-Allah.
“Semua orang sedang berjuang sekarang, jadi berbuat baiklah di antara satu sama lain. Jagalah diri kita dan nikmatilah masa bersama keluarga,” katanya positif.
Viral
“Bertahanlah Semua, Suatu Hari Nanti Keadaan Akan Kembali Normal” – Maria Farida