Bintang Big Stage Alpha (BSA), Daniel Sher meluahkan rasa syukur apabila namanya mula dikenali ramai selepas menyertai program hiburan itu.
Jelas Daniel, peluang untuk menyertai program ini menjadi satu titik tolak dalam kerjayanya sebagai penyanyi malah merasakan segala pengalaman yang telah dilaluinya merupakan persiapan untuk dia menghadapi segala cabaran dalam program itu.
“Saya mula sedar ini bukan pertandingan biasa. Selepas memasuki Big Stage Alpha ini, barulah saya jumpa diri saya yang sebenarnya.
Daniel berkata demikian ketika menghadiri Showcase Big Stage Alpha di Pavillion Bukit Bintang, baru baru ini.
Dalam pada itu, Daniel juga meluahkan rasa gembira kerana dapat mencipta hubungan persahabatan bersama bintang Alpha yang lain.
“Dekat sini saya jumpa ‘adik-adik’ saya yang lain. Semua bintang Alpha yang lain sangat baik, penyayang, dan ada semangat persaudaraan yang kuat," kongsinya.
Sementara itu, Daniel juga berkongsi pengalamannya menyertai ujibakat BSA ini yang pada awalnya hanya menyangka pertandingan ini untuk mencari penyanyi individu.
Namun, semuanya berubah apabila pihak produksi memberitahu kepadanya pertandingan ini mencari sebuah kumpulan untuk industri muzik di Malaysia.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.