Skip to main content

Rancangan Realiti

#BigStageAlpha: Datuk Syafinaz Selamat Kongsi Sebab Kemenangan Ariel Fesol - “Tapi Saya Pernah Tegur…”

astrogempak_datuk_syafinaz_selamat_ariel_fesol.jpg

Ketua juri Big Stage Alpha (BSA), Datuk Syafinaz Selamat berkongsi disebalik kemenangan bintang Alpha iaitu Ariel Fesol di pentas akhir program tersebut. 

Jelas Syafinaz, Ariel menunjukkan potensi sebenar penyanyi itu dalam persembahan solo mahupun berkumpulan. 

“Secara keseluruhan, Ariel Fesol menunjukkan persembahan yang sangat baik pada minggu akhir ini sama ada imdividu mahupun secara berkumpulan. 


Tambah Syafinaz lagi, kekuatan Ariel adalah tenaga dan semangat yang sentiasa konsisten sepanjang persembahan. 

Namun, dia turut menasihatkan agar Ariel belajar untuk mengimbangi tenaga agar ahli kumpulan yang lain tidak tenggelam.

“Energi Ariel memang sentiasa ‘on’. Baik secara solo atau berkumpulan, dia akan beri 100 peratus. Tapi saya pernah tegur juga, dia kena pandai kawal agar sejajar dengan ahli kumpulan lain. Dalam kumpulan, perlu ada keseragaman dan keserasian,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketua juri itu juga memuji keputusan mengekalkan tujuh ahli dalam kumpulan ALPHA kerana gabungan itu berjaya menunjukkan kesepaduan yang kuat.

“Bila kita letak ketujuh-tujuh peserta itu di atas pentas, mereka nampak seperti satu pasukan. Tak nampak langsung siapa yang tercicir. Jadi, bila buat tujuh orang dalam kumpulan, kita nampak keserasian itu,” kongsinya.

Meskipun tamat dan berjaya debut sebagai sebuah kumpulan yang berjaya, Syafinaz turut memberikan nasihat bermakna buat seluruh ahli ALPHA agar terus merendah diri dan menjunjung tinggi nilai seni yang dibawa mereka.

“Bila kita bekerja dan masuk dalam industri ni, kamu semua adalah salah seorang anak seni yang perlu mempertahankan seni itu sendiri. Kita taknak orang pandangan remeh kepada kerjaya kita. 


“Jadi, apabila mereka bertujuh lagi mudah tunjukkan ini adalah bukan lagi satu hobi tapi satu kerjaya yang boleh dibanggakan,” katanya.
 

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Pernah Impi Jadi Macam BTS, Ray-D Bangga Debut Bersama A7PHA - “Saya Memang Nak…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Tamatkan Penantian Selama 16 Tahun, Ariel Fesol Syukur Bergelar Juara - “Ini Adalah Momen Yang Saya…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Tinggalkan Kerjaya Pramugara Demi Impian Jadi Penyanyi - “Bukan Tidak Bersyukur Tapi…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Bukan Keputusan Mudah! Permintaan OT7 Ditunaikan Selepas…

Must-Watch Video

Advertisement