Skip to main content

Rancangan Realiti

#BigStageAplha: Daniel Sher Tak Tersinggung Persembahan Fiction Dikata Feminin - “Semua Orang Ada…”

astrogempak_daniel_sher_jelas_tarian_bukan_feminin.jpg

Bintang Big Stage Alpha (BSA), Daniel Sher mengakui tidak terasa hati apabila persembahan kumpulannya pada minggu kelima dikritik segelintir pihak kerana kelihatan feminin.

Jelas Daniel, meskipun lagu Fiction nyanyian asal Beast itu mempunyai rentak yang rancak ia masih memerlukan penyampaian emosi yang lembut dan penuh penghayatan.

"Saya tak terasa hati sebab saya rasa itu cabaran untuk saya untuk bawakan persembahan itu, lagi pun itu hanya menari sahaja.


Bagaimanapun, Daniel yang merupakan anggota kumpulan Alpha Ultra bersama Araff, Allan Andersn, Ray-D dan Awient percaya mereka telah memberikan persembahan terbaik bagi menyampaikan mesej lagu berkenaan.

Sebagai penyanyi, Daniel juga sedar bahawa dia tiada kuasa untuk menghalang orang ramai daripada menyampaikan pendapat mereka.


"Tapi kalau masih ada yang menganggap perkara itu sebagai feminim terpulang kepada mereka sebab semua orang ada pendapat masing-masing, tapi bagi saya ianya adalah sekadar persembahan sahaja," tambahnya. 

Saksikan video temu bual penuh di Gempak.com!

Must-Watch Video

Advertisement