Skip to main content

Viral

Bila Model Kacak Kongsi Video Konvokesyen, Yang Komen Bukan Setakat Manusia, Tapi TGV, RapidKL, Alam Flora Tumpang Sekaki!

fahd-model-kacak-konvo.jpg

Model fesyen yang dikenali sebagai Fahd baru sahaja menjalani sesi konvokesyen. Menerusi akaun TikTok, lelaki tinggi lampai itu memuat naik momen-momen bahagia buat tatapan pengikut.

Namun, di sebalik komen dan ucapan tahniah yang dititipkan oleh pengikut, Fahd juga menerima komen daripada beberapa institusi berbeza bidang yang popular di Malaysia.

Antaranya daripada panggung wayang TGV, pengangkutan awam RapidKL, agensi pembersihan Alam Flora dan juga jenama frozen yogurt, llao llao.

Menariknya, setiap daripada komen yang ditinggalkan kedengaran lucu dan menghiburkan. Lebih istimewa, Fahd membalas komen-komen yang ditinggalkan oleh mereka.


Sumber: Platform X

Must-Watch Video

Advertisement