Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kelantan membantu menguruskan pengebumian jenazah lelaki seberat 420 kilogram (kg) yang meninggal dunia di rumahnya di Pasir Hor, Kota Bahru Kelantan pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, pihaknya menyediakan pengangkutan iaitu lori lima tan dan troli yang diubah suai bagi menguruskan serta membawa jenazah, Allahyarham Sheikh Mohd Ali Omar, 44.
“Bagi urusan memandikan jenazah, keluarga memaklumkan mereka sedang menunggu satu NGO (badan bukan kerajaan) dari Setiu, Terengganu yang akan datang untuk melakukannya,” kata beliau ketika ditemui di rumah arwah di Kelantan.
Menurut beliau, seramai 15 kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh serta Tunjong selain Pasukan Gerak Cepat akan terlibat dalam urusan pengebumian itu.