“Saya juga terinspirasi daripada pengarah Arwah Mamat Khalid punya cerita,” ujarnya kepada Gempak.
Tambah Gayatri lagi, dia berpendapat industri filem melayu khususnya jarang mengetengahkan filem yang bersifatkan kekeluargaan.
“Bagi saya, saya tak mahu bandingkan filem Hantu Kak Limah dengan Don Dukun, ia karya yanag berbeza.
“Saya rasa dalam pasaran filem tempatan, kita jarang ada filem yang bersifat kekeluargaan,” jelasnya lagi,” katanya.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin dan ramai lagi.
Jom sama-sama kecut perut, pecah perut dengan menyaksikan filem Don Dukun di pawagam seluruh negara sekarang!