Menerusi hantaran di platform TikTok, jejaka yang dikenali dengan nama James memuat naik konten ‘lip sync’ dialog Zul Ariffin dalam drama Titian Cinta.
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah wajah James yang dikatakan seiras dengan aktor filem Sheriff tersebut.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis perkongsian itu meraih lebih 600,000 tontonan dan 40,000 tanda suka di TikTok.