Skip to main content

Trend Pasaran

Buat Video Ketika Butik Terbakar, Jenama Pakaian Ini Dikritik Netizen - “Sangat Cinematic”

astro-gempak-buat-video-ketika-butik-terbakar-jenama-pakaian-ini-dikritik-netizen-sangat-cinematic.jpg

Sejak kebelakangan ini, pelbagai berita yang menggemparkan sering kita dengar. Dari kisah dalam kain artis sehinggalah tragedi kematian pelajar dalam asrama, sudah tentu setiap berita ini menjadi buah mulut dan bahan bualan netizen di media sosial.

Terbaharu, jenama pakaian Elrah Eksklusif turut mengalami musibah apabila butik utamanya di Bangi, Selangor dikatakan mengalami kebakaran.

Berita itu dikongsikan oleh pengasasnya, El Azman di laman perkongsian video, TikTok.
 

Sungguhpun begitu, video berkenaan menerima maklum balas yang agak kurang menyenangkan dalam kalangan netizen, khususnya pengguna platform X.

Antaranya, ada dalam kalangan wargamaya mendakwa video yang dimuat naik itu kelihatan terlalu ‘cinematic’, termasuk ada yang mengungkit ini merupakan tahun kedua jenama itu mengalami musibah kebakaran.





Dalam pada itu, memetik laporan Majoriti, dua pekerja butik tersebut mengalami sesak nafas ketika kejadian yang berlaku pada Sabtu itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran berkenaan melibatkan longgokan kotak di ruangan tangga tingkat tiga premis terbabit.

Sekitar Januari tahun lalu, gudang bagi jenama sama mengalami kebakaran, dan menawarkan wang RM100,000 jika ada individu yang berjaya jumpa pelakunya.

Sumber: Platform X, Majoriti

BERITA TRENDING: Rumah Hangus Dijilat Api Sebelum Ramadan, Netizen Sebak – “Besar Betul Dugaan Keluarga Ni”

BERITA TRENDING: Noorkhiriah Reda Van Jenazah Yang Diinfak Hangus Terbakar - “Bila Allah Uji Macam Ini, Akak Terima”

Must-Watch Video

Advertisement