Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis menjelang tahun 2025, penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa boleh mencecah antara RM47 hingga RM77 bilion menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pada tahun ini saja, kerajaan menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion.
Katanya, sejak sempadan negara mula dibuka, minggu pertama mencatatkan kemasukan pelancong ialah seramai 252,000 orang.
"Kita masih memantau angka kemasukan pelancong dan tidak mustahil apabila negara seperti China dan Jepun sudah membenarkan penduduknya keluar, kita akan mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong itu nanti.
"Di MOTAC, kita sentiasa mendidik orang ramai bahawa Malaysia adalah negara yang selamat kerana kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) malah boleh dikatakan negara kita lebih bersih berbanding sebelum pandemik.
"Ini kerana SOP yang dilakukan, sanitasi setiap tempat dengan kerap, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka masih lagi diamalkan hingga kini," katanya ketika merasmikan Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli pada Ahad.
Viral
"Buka Semula Sempadan Berita Gembira Untuk ..." - Pelancongan Target Jana Hingga RM77 Juta Bilion Pada 2025