Trend Pasaran "Bukan Gimik! Akan Jawab Semuanya Dalam Tempoh 10 Hari Lagi" - Fitri Haris Amri Hassan 01/12/2018 | 11:38 MYT Bismillah.. buat yang terlibat, buat teman wartawan wartawan yang saya kasihi, juga teman teman dan ssmua yang mengetahui isu antara saya dan UNIC, TANPA RASA DENDAM dan tanpa rasa ingin MENAGIH SIMPATI.. ini 10 coretan hatiku: 1. Pada pihak saya, saya tegaskan Isu yang berlaku antara saya dan unic BUKAN GIMIK utk melariskan sesuatu projek saya. Itu bukan cara saya. 2. Saya berasa amat sedih dan hiba melihat perbalahan Natizen di ruangan ruangan komen sebelum di padamkan status mereka. Jadi saya merayu dan pohon bantuan agar tidak berbalah dan menghakimi sesiapa. 3. Saya berdiam bukan kerana saya MELARIKAN DIRI. Namun saya mencari saluran dan waktu yang sesuai. 4. Pihak PENGURUSAN saya, bertanggungjawab sepenuhnya menasihati dan melakukan sebarang tindakan demi kebaikan semua pihak. 5. Buat masa kini, Saya TIDAK AKAN MENJAWAB SEMUA KENYATAAN yang di nyatakan oleh fakhrul,bazli,najdi,afdhal (pengurus unic) dan mana-mana pihak yang menyebarkan berita berita di social media juga di whatsapp dan sebagainya berkaitan isu ini sahaja. 6. Saya hanya akan menjawab segala persoalan dalam masa TERDEKAT (lebih kurang 10 hari dari tarikh hari)ini melalui saluran yang betul dan segala proses selasai. 7. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan nasihat, kata semangat dan doa dari sahabat munsyid, rakan rakan penganjur, dan temam terdekat juga keluarga. 8. Saya masih belum di hubungi secara peribadi dari pihak yang terlibat bagi menjelaskan berkaitan isu ini DAN atas nasihat pengurusan, segala urusan selepas ini adalah hanya melalui pihak pengurusan saya sahaja. 9. Saya ingin merayu dan memohon sejuta kemaafan dan keampunan tuhan agar saya di beri masa sendiri bagi saya fokus kepada pembelajaran PhD saya yang di saat saat kritikal ini. 10. Saya terpanggil utk berkongsi satu hadis.."Dalam riwayat Abu Hurairah misalnya, Nabi SAW mengatakan; “Orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergaduh, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah.” (hadis riwayat Malik)" Barakallah hu fikum Yang benar FITRI HARIS ? A post shared by Fitri Haris | Juara GGV2018 (@fitriharisofficial) on Nov 30, 2018 at 6:09am PST Topik Berkaitan #Kontroversi #UNIC #Fitri Haris Must-Watch Video Read more