Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya, Aniq Ezra berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda dalam sebuah majlis konvokesyen.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, walaupun perlu melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk pembayaran yuran anaknya yang melanjutkan pengajian di universiti swasta Taylor’s University, semuanya cukup berbaloi.
“Berbaloi la mak hang berkepak cari duit nak bayar fees Taylor’s University. Bukan sikit-sikit duit cheq oii.
“Tapi syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT double degree dalam tangan.
“Dear Aniq Ezra, I hope you will continue working hard to make yourself a completely successful man,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Viral
“Bukan Sikit-Sikit Duit Cheq Oii..” - Che Ta Bersyukur Anak Berjaya, Penampilan Datang Konvo Tarik Perhatian Ramai!