Skip to main content

Viral

Che Ta Syukur Anak Sulung Pula Genggam Double Degree - "Allah Bagi Anak-Anak Cerdik & Mudah Saya Bela"

sekadar-gambar-hiasan-(98).png

Pelakon Rozita Che Wan memanjatkan rasa syukur apabila anak sulungnya pula, Ammar Effendy berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (double degree) selepas Aniq Ezra.

BACA: “Bukan Sikit-Sikit Duit Cheq Oii..” - Che Ta Bersyukur Anak Berjaya, Penampilan Datang Konvo Tarik Perhatian Ramai! 

Kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, pengorbanannya selama 12 tahun bergelar ibu tunggal akhirnya berbalas dengan kejayaan anak-anaknya.

"Allhamdulillah syukur. Allah bagi saya anak- anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela.

"12 tahun masa jadi single mom dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik ja untuk mereka!

"Tak dak langsung pikiaq untuk diri sendiri!" ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement