Pelakon yang sinonim dengan watak Captain America, Chris Evans diangkat sekali lagi sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People.
Berita tersebut diumumkan menerusi rancangan The Late Show With Stephen Colbert yang ditayangkan baru-baru ini.
“Dengan kerendahan hati dan rasa terima kasih, saya dengan senang hati mengumumkan bahawa majalah People telah memutuskan untuk memberi saya kehormatan yang luar biasa… untuk mengumumkan lelaki terseksi untuk tahun yang kedua!” tuturnya sambil merujuk kepada Chris.
Sungguhpun Chris tidak muncul di studio, pihak produksi menyiarkan rakaman yang telah dirakam lebih awal menampilkan pelakon berusia 41 tahun dengan lelaki paling seksi pada 2016, Dwayne Johnson.
Menerusi artikel yang diterbitkan oleh People, Chris memberitahu ibunya pasti gembira apabila mendapat tahu mengenai berita berkenaan.
.@ChrisEvans Is PEOPLE's 2022 #SexiestManAlive: 'My Mom Will Be So Happy' https://t.co/mxH1sxBPQ3 |?: Michael Schwartz pic.twitter.com/10mGwfGqZk