Menerusi video berdurasi 4 minit itu, Christy Ng dilihat membeli pelbagai jenis makanan dan minuman untuk memastikan kakitangannya menikmati juadah yang enak sepanjang bulan puasa.
Apa yang lebih menarik, Christy juga menyusun kesemua makanan dan minuman di rak dan dalam peti sejuk dengan kemas sekali.
Menjengah ke ruangan balas, netizen memberikan pandangan berbeza mengenai perkongsian tersebut.
Rata-rata memuji tindakan Christy yang menjaga kesejahteraan kakitangan, terutama dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.
“Semoga Christy Ng dikurniakan taufiq hidayah, what a nice Chinese boss,” komen netizen.
“Mak aihhh betul betul majikan dari syorgaaa ketiak pekerja pon dia cakna juga,” komen netizen lagi.
“Yang best 80% product dia tunjuk adalah local brands... nice,” puji netizen.
“Hello ada kerja kosong ke?? saya teringin tidur office kalau macam ni,” seloroh netizen lain.
“Untung gila staff dia, bukan setakat makanan, sunscreen, deodorant dengan vitamin pun ada,” komen netizen lain.
Christy Ng, yang berasal dari Kluang, Johor, sebelum ini pernah berkongsi kisah hidupnya yang bermula dari bawah sebelum berjaya membina empayar perniagaannya sendiri.