Skip to main content

Viral

"Cukup 100,000 Followers TikTok, Saya Akan Jumpa Raihan" - Nazrey Johani

sekadar-gambar-hiasan-2022-11-01t035118-211.png

Bekas penyanyi kumpulan Raihan, Nazrey Johani bersedia untuk bersemuka dengan anggota kumpulan nasyid itu seandainya jumlah pengikut akaun TikToknya mencecah bilangan 100,000!

BACA: "Selama Dengan Raihan, Saya Tak Pernah Senang Hati" - Nazrey Johani

Pertemuan itu bagi menyelesaikan kekusutan dan perselisihan faham yang berlaku antara mereka selama ini.

"Sebenarnya, ada pelbagai persepsi mengenai penarikan diri saya daripada Raihan. Padahal, saya betul-betul berhenti selepas buat kerja dakwah selama 20 hari di Sabah.

"Kalau saya tidak berhenti, saya takut menyusahkan Raihan kerana saya adalah penyanyi utama.

"Namun, isu ini tidak akan habis sampai bila-bila. Apabila kisah itu viral, saya berjanji ketika membuat siaran langsung di TikTok dan menyatakan jika pengikut di TikTok dan Instagram (IG) mencecah 100,000 orang, insya-Allah saya akan cari Raihan.

"Namun, syarat untuk cecah 100,000 pengikut itu, sengaja saya nyatakan. Sebenarnya, jujur dari hati, saya terdetik berjumpa mereka.

"Pada pertemuan itu, saya akan adakan sesi secara langsung, biar semua orang tengok. Iyalah, sebelum ini, kami hanya kata kami okay. Jadi, dalam dua minggu ini, saya berfikir untuk berdepan dan bertanya sendiri kepada anggota Raihan," ujarnya kepada Gempak.

Nazrey, 50, ditemui usai Konsert Nasyid Legenda di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Sehingga kini jumlah pengikut akaun TikTok Nazrey adalah 65,000 orang dan 30,000 di akaun Instagram.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement