Skip to main content

Berita Antarabangsa

"Dah Kena Thumping Headache & Mild Breathing Problem" - Diddy Hirdy Cerita Pengalaman Lawan COVID-19 Di UK

diddy-covid-uk-header.jpg

Terima kasih kepada yang bertanya khabar Diddy sekeluarga disini. Rasanya tak payah mention and you know who you are. Setakat ini kes COVID-19 di UK sebanyak 17089 positive case, kematian sebanyak 1019 case. Kami duduk je rumah ikut perintah UK government. Keluar pun seorang, kalau ada urusan penting atau nak beli makanan. Nasib baik lah kedai runcit yang ada jual barang basah kat seberang jalan je ni. Tapi bila keluar, dah macam ghost town dah kat area kawasan rumah ni. Sunyi sepi! Setiap kali balik dari keluar rumah, mesti salah seorang kat rumah ni akan ada rasa nak demam walaupun Diddy balik terus melulu masuk bilik air dan mandi. Diddy dah kena thumping headache selama seminggu, 2 minggu lepas. Selepas hilang sakit tu, ada rasa very mild breathing problem sampai sekarang. Kalau ada bibit2 nak sakit, kami cepat2 makan ubat, mandi, makan strepsil, gargle air garam, minum air rebusan serai, halia bila rasa tu dtg (apa sahaja cara yang ada untuk tak nak sakit, tapi tak la buat semua tu serentak). Kat sini kena call nombor utk kes COVID-19 ni tapi kena ada full symptoms atau dah teruk baru la ambulance dtg beri bantuan, belum tentu bawa terus ke hospital. Kita sendiri tak boleh pergi hospital, dan kemudahan untuk dapatkan test tiada melainkan dah sakit teruk (orang kat Malaysia patut bersyukur health care system kita masih lagi mampu berfungsi dengan baik setakat ini). Jadi, kami cuba menjaga kesihatan sebaik mungkin. Apa boleh buat, senyum je la macam mamat kat dalam gambar ni, walau hati gundah gulana mengenang nasib disini.

A post shared by Diddy Hirdy (@diddyhirdy) on

Must-Watch Video

Advertisement