Skip to main content

Budaya Popular

Dah Soundcheck, Drama Band Terkejut Konsert One Love Music Batal Saat Akhir - “Kami Pun Tak Dapat Jangka”

astro_gempak_drama-band-terkejut-konsert-one-love-music-batal-saat-akhir.png

Menerusi kenyataan di Instagram (IG), Drama Band memaklumkan tidak dapat menjangka perkara tersebut (batal saat akhir) berlaku kerana sudah membuat soundcheck pada Jumaat.

Sehubungan dengan itu, Drama Band yang hits dengan lagu Biarkanlah itu memohon maaf kepada semua peminat dan pembeli atas kejadian yang berlaku.

Terdahulu, Tuff KL selaku penganjur membuat pengumuman dengan memaklumkan terpaksa membatalkan konsert One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu di MAEPS Serdang akibat kekurangan dana.

One Love Music Festival menampilkan barisan pemuzik popular dari Malaysia dan Indonesia seperti Hujan, Insomniacks, Nadin Amizah, Feby Putri, Bunkface, Drama Band, Nadhif Basalamah, Salma Salsabil, Nabila Taqiyyah, Gerhana Skacinta dan Five Three Studio.

Must-Watch Video

Advertisement