Skip to main content

Viral

Dahlah Pandai, Famous Pula… Wajah Mekyun Kini Terpampang Di Billboard UTHM! Memang Wow!

mekyun.jpg

Pengguna media sosial pasti mengenali Mekyun, gadis berbangsa Cina yang cukup fasih berbicara dengan menggunakan dialek Kelantan. Keletahnya sering menyorot perhatian netizen, terutama dalam penghasilan kandungan pendek di platform TikTok dan Instagram.

Merupakan graduan Universiti Tun Husseun Onn Malaysia (YTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee merupakan pelajar yang cemerlang sepanjang pengajian.

Buktinya, Mekyun merupakan graduan kelas pertama dan juga penerima Anugerah Naib Canselor di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda, selain penerima Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik pada peringkat ijazah sarjana muda.
 

Must-Watch Video

Advertisement