Menerusi perkongsian video tersebut, mereka tidak menyangka akan bertemu Zizan secara tiba-tiba, sehingga tergamam dan teruja melihat pelakon itu.
Menariknya, Zizan yang turut terkejut dengan reaksi mereka bertindak spontan membayarkan makanan yang dipilih oleh kumpulan wanita tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat spontan para peminat itu. Malah, ada yang berseloroh mengatakan aura Zizan terlalu kuat sampai boleh buat orang ketawa tanpa dia perlu berkata apa-apa pun.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Dalam hati Zizan mesti cakap ‘rupanya ada yang lagi kelakar daripada aku’.”
“Jumpa Abe Zizan sampai tertukar kasut.”
“Gelabah jumpa Zizan sampai tertumpah air,” komen dari netizen.