Jika anda penggemar platform media sosial TikTok, pasti anda mengenali figura bernama Satthiya Kandi.
Tampil bersahaja dengan video-video berunsur komedi, kehadiran Satthiya dengan kandungan-kandungan unik itu pasti sering dinantikan oleh penggemarnya.
Begitupun, bukanlah kandungan komedi yang dipertaruhkan semata-mata. Menurut Satthiya, dia juga turut ‘lantang’ mengangkat isu body positivity, termasuk menggalakkan pengikutnya untuk menanam rasa yakin selain menyayangi diri sendiri.
“Macam mana saya tampil yakin? Pertama sekali kita mestilah menyayangi diri sendiri. Tak kiralah badan kita macam mana, warna kulit macam mana, everybody is beautiful in their own way.
“Saya tak meraikan obesiti, kita kena jaga diri kita. Tapi, dalam masa sama, jangan rasa malu dengan diri sendiri, hanya kerana kita tidak sepadan dengan satu-satu standard. So I’m very vocal about it. Kalau saya malu, I don’t think I can be here right,” katanya kepada Gempak.
???