Trend Pasaran "Dengan Rendah Diri Saya Merayu Majlis Perbandaran Selayang..." - Ustaz Ebit Mohon Bantu Badrul Hashim 15/07/2020 | 03:27 MYT Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang jaya Pakcik rabun 90 peratus tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda. Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni. Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS selayang dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1 ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya. Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat-ebitlew A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on Jul 13, 2020 at 11:24pm PDT Topik Berkaitan #Ustaz Ebit Lew #Majlis Perbandaran Selayang Must-Watch Video Read more