Skip to main content

Budaya Popular

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

astro_gempak-(3).png

Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.

Dengan sekali lafaz, Sarah selamat menjadi isteri tepat jam 8.29 pagi.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Sarah, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid. 

Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486, bagaimanapun pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah hantaran.


Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.

Sebelum ini, Sarah tidak pernah mendedahkan mengenai hubungan istimewa mereka kepada umum.

Kedua-dua mereka dikhabarkan mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.

Must-Watch Video

Advertisement