Seorang lelaki di Chile berdepan detik mencemaskan selepas hampir ditelan seekor ikan paus spesies humpback.
Adrian Simancas sedang berkayak di pantai bandar Patagonia, Punta Arenas, Chile ketika mamalia gergasi itu
muncul ke permukaan air secara tiba-tiba dan cuba menelannya.
Paus itu bagaimanapun memuntahkan semula Simancas kira-kira lima saat kemudian.
Insiden luar biasa itu turut dirakamkan bapanya dan menjadi tular di media sosial.
Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu dia terlihat objek besar berwarna biru dan putih di bawah permukaan air sebelum ia melompat keluar lalu membahamnya.
"Saya keliru dengan apa yang berlaku. Pada mulanya, saya menyangka sudah ditelan paus itu," katanya.
Sumber: Sinar Harian