Berita Tempatan "Dia Akan Mewarisi Apa Yang Saya Buat..." - Aliff Syukri Stres Nak 'Bentuk' Anak Sulungnya Jadi... ZULHILMI JALIL 09/06/2020 | 17:43 MYT Dugaan menjaga anak. . . Dulu waktu kecil-kecil saya tidak tahu apa perasaan menjadi bapa. Kenapa mak saya garang. Selalu marah saya, selalu pukul saya, kalau saya buat silap. . . Tetapi sekarang ni apabila umur saya 33 Tahun, saya baru tahu apakah perasaan menjadi seorang bapa apabila mahu tengok kejayaan anak menjadi seorang yang hebat di dunia dan juga di akhirat. . . @ammarahyan_terlajaklaris adalah anak lelaki sulung saya, semestinya dia akan mewarisi apa yang saya buat sekarang ini. Penat sebab Ammar Ahyan seorang anak yg berbeza dr anak yg lain.. yang pemalu, yang terlalu sensitif, tidak suka bercakap, malu depan camera. . . Kadang kala saya stress, dan saya tidak tahu bagaimanakah menjadi dia seorang yang hebat. Apa apa pun sekarang ini, saya cuba menjadi bapa yang terbaik untuk medidik anak anak saya menjadi seorang yang hebat. Doakan saya boleh mendidik Ammar Ahyan menjadi anak yang saya inginkan. Dia seorang yang baik sebenarnya. Seorang yang matang dan fasih berbahasa English. A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Jun 8, 2020 at 8:53pm PDT Topik Berkaitan #Anak #Aliff Syukri #Ammar Ahyan Must-Watch Video Read more