Skip to main content

Budaya Popular

“Dia Pergi Dengan Tenang Selepas Apa Yang Dilalui” - Isteri Allahyarham Jay Jay

astro-gempak-isteri-jay-jay.jpg

Isteri kepada penyanyi, Allahyarham Jay Jay iaitu Zaitoon Wahid, 61 reda dengan pemergian suaminya.

Kongsi Zaitoon, arwah mula berhadapan dengan komplikasi organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Anak-anak dan adik beradik arwah semuanya ada. Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaanya makin teruk selepas raya yang lalu,” katanya ketika ditemui Gempak di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya pagi tadi.
 


Sementara itu, adik kepada arwah, Puan Seri Melor Wati menyifatkan arwah abangnya sebagai seorang yang penyayang.

“Dia memang sangat penyayang, bukan dengan adik beradik sahaja tapi dengan isteri dan anak-anak. Saya sebagai adik amat terasa kehilangan arwah.

“Dia memang sangat pentingkan semangat kekeluargaan ,” katanya.

Kira-kira 200 orang kenalan dan keluarga hadir ke sini bagi memberi penghormatan terakhir. 

Allahyarham Datuk Jay Jay menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam semalam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor.

Must-Watch Video

Advertisement