Debaran akhirnya terjawab di mana lagu Diam nyanyian Hael Husaini dan Bukan Lagi Kita daripada Nadeera Zaini bakal bersaing untuk merebut gelaran juara di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi TikTok rasmi penganjur melalui sesi siaran langsung khas yang diadakan pada Sabtu.
Sementara itu, penyanyi Sissy Imann dan pengacara Nazrudin Rahman diumumkan sebagai hos bersama pada malam kemuncak AJL39, yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 Februari depan.