Skip to main content

Budaya Popular

Didakwa Halang Fattah Hampiri Fazura? Ini Respons ‘Bodyguard’ - “Tak Ada Satu Arahan Suruh…”

img_3362.jpg

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki yang dikenali dengan akaun Instagram hantugym, berkongsi tangkap layar komen seorang individu yang mendakwa aktor, Fattah Amin tidak dapat mendekati Fazura di mahkamah gara-gara dihalang oleh pengawal peribadi.

“Bodyguard melarang Fattah Amin dekati Fazura,” komen salah seorang netizen. 



Susulan itu, lelaki ini tampil membalas komen yang ditinggalkan netizen tersebut dan meminta bukti sekiranya benar mereka diarahkan untuk berbuat demikian terhadap Fattah Amin.

“Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ ada (di mahkamah) disebabkan ada Fattah di lokasi yang sama?


“Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ ada sebab nak halang Fattah. Kau jangan main tulis ikut sedap kau,” balasnya menerusi ruangan komen. 

Tidak terhenti disitu, menerusi perkongsian tangkap layar di akaun Instagramnya, lelaki itu tampil membidas komen tersebut kerana dakwaan netizen itu dianggap tidak berasas.

Malah, lelaki ini turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tanpa usul periksa.

“Jangan lah melampau lampau. Tak ada satu arahan pun yang suruh kami buat macam itu.

“Kitaorang pun tahu kerja kitaorang. Tolong jangan memandai mandai.

“Komen pun dia dah delete. Nampak sangat komen main ikut sedap ja,” ujarnya. 

Terdahulu,  kehadiran Fazura ke mahkamah bagi kes permohonan cerai terhadap Fattah Amin yang ditemani lima pengawal peribadi menjadi buah mulut netizen.

Sebelum ini, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang
Bestari pada 13 September lalu.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Must-Watch Video

Advertisement