Skip to main content

Sukan Lain

Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif

astro_gempak-2024-08-02t140010-907.jpg

Imane Khelif memulakan kariernya dalam Kejuaraan Tinju Wanita Dunia AIBA 2018 di New Delhi, di mana dia tersingkir di peringkat pertama dan berada di peringkat ke-17.

Pada tahun 2019, Imane mewakili Algeria dalam Kejuaraan Tinju Dunia Wanita AIBA di Rusia dan menduduki peringkat ke-33 setelah dikalahkan oleh Natalia Shadrina di pusingan pertama.

Manakala pada Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Imane mewakili Algeria dalam kelas ringan tetapi ditewaskan oleh Kellie Harrington dari Ireland ketika pusingan separuh akhir.

Pada Kejuaraan Tinju Dunia Wanita IBA 2022, Imane menjadi petinju wanita Algeria pertama yang memasuki pusingan akhir setelah mengalahkan Chelsey Heijnen dari Belanda.

Penyertaan Dalam Kejuaraan Tinju Dunia Wanita Dibatalkan

Pada Mac 2023, penyertaan Imane dibatalkan sebelum pertarungan pingat emas di Kejuaraan Tinju Dunia Wanita IBA 2023 kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan.

Dilaporkan bahawa penyertaan Imane terbatal disebabkan oleh kadar testosteron yang tinggi.

Ujian DNA menunjukkan bahawa Khelif memiliki kromosom XY, yang menyebabkan dia dikeluarkan daripada acara sukan tersebut.

Bukan Trangender?

Memetik laporan Forbes, Jawatankuasa Olimpik telah mengesahkan bahawa Imane bukanlah seorang transgender sebaliknya memiliki kelainan perkembangan seks (DSD), yang menyebabkan beberapa wanita memiliki kromosom XY dan kadar testosteron yang tinggi.

Di Algeria, identiti transgender dilarang, dan perubahan jenis kelamin pada dokumen identiti diri untuk beralih ke jenis kelamin lain tidak dibenarkan.

Pada tahun 2024, Komite Olimpiade Internasional (IOC) membenarkan Imane untuk menyertai Olimpik Paris 2024 setelah dirinya mematuhi semua syarat dan peraturan yang diperlukan.

Sekadar info, nama Imane Khelif muncul semula minggu ini selepas menewaskan Angela Carini dari Itali dalam masa 46 saat pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Selepas menentang Carini, Imane Khelif dijadualkan menentang Luca Hámori dari Hungary pada suku akhir Tinju Olimpik Paris 2024 dalam Kelas 66 kg Wanita pada 3 Ogos 2024.

Must-Watch Video

Advertisement