Skip to main content

Trend Pasaran

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

astro-gempak-bright-mohon-maaf-kereta-tank-israel.jpg

Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Memuat naik gambar yang diambil di Instagram, ramai dalam kalangan netizen khususnya peminat mengkritik tindakan Bright dengan memintanya menurunkan gambar-gambar yang didakwa diambil di muzium ketenteraan Battlefield Vegas itu.

Tidak membiarkan isu berkenaan berterusan, Bright menerusi Instagram Story memuat naik kenyataan maaf selain menjelaskan perkara yang berlaku di sebalik gambar yang diambil.



Bright mengak yang dia mengunjungi Las Vegas pada 19 hingga 23 Julai dan memngambil beberapa gambar sebagai kenang-kenangan.

Sebelum ini, pelakon filem Congrats My Ex! itu pernah dikritik susulan jenama pakaian dan aksesori miliknya, Astro Stuffs menjalinkan kolaborasi bersama The Walt Disney.

Tentu sekali tindakan Bright dianggap sebagai tidak sensitif dengan apa yang telah berlaku di Palestin buat masa ini.

Must-Watch Video

Advertisement