Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjawab kepada satu pertanyaan individu berkaitan merokok ketika membuang air besar.
Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, UAI memberi peringatan bahawa perbuatan itu dilarang dalam Islam.
Dalam pada itu, UAI turut menyelitkan perbuatan berbual dalam tandas juga ditegah dalam ajaran agama.
“Hisap rokok ni jumhur ulama kata haram sebahagian ulama kata makruh, tu suku dah.
“Kalau masuk dalam tandas tak usah kata hisap rokok, bersembang dalam tandas Allah marah, sesetengah ulama kata makruh, sesetengah ulama kata haram,” katanya.